Saturday, 15 September 2012

Jiwa yang tersentuh

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah tuhan kerana aku masih gagah di sini, meluah yang terpendam agar sembuh segala yang sakit.

Aku punya seorang teman. Hadir dalam hidupku kerana aturanNya. Bersama denganku dalam setiap susah senangku. Yang memahami segala yang kurang dan memaafkan apa yang lajak. Yang menegurku dari melakukan apa yang tercela dan menguatkanku apabila aku rebah. Tapi ini kisah masa yang telah berlalu.

Kini aku sendirian. Rajuknya tanpa sebab yang aku fahami. Perginya agar hatinya tidak dicalari. Aku sepi. Salah aku?

Peganganku kalau marah, katakan marah. Tapi jangan dihukum tanpa dihakimi. Aku tidak punya jiwa yang besar. Aku bisa memaafkan tapi bukan melupakan. Kau pernah dengar kisah paku di dinding? Ringkasnya, setiap kali kau punya rasa marah, kau paku saja di dinding itu. Selepas marahmu hilang, kau tanggalkan kembali paku itu. Paku itu mungkin hilang, tapi bukan kesan tebukan itu bukan? Ya, hati aku seteguh dinding itu. Tidak cukup teguh untuk menghilangkan segala parut Namun dalam setiap doaku, aku panjatkan agar diberi hati baru saban waktu dan saban ketika agar semua mereka indah di pandanganku.

Walaubagaimanapun, aku akan sentiasa ingat kebaikanmu wahai sahabat. Kebaikan yang tidak akan luntur oleh apa jua jurang yang terbina di anatara kita. Semoga fasa sedih ini akan segera berlalu. Kata akhirku, ukhwah kita kerana Allah, maka biarlah berpisah kita juga kerana Allah semata.

No comments:

Post a Comment