Saturday, 20 January 2018

aku cinta dia

Aku cinta dia
Hanya tuhan yang tahu
Entah bila, entah mengapa tuhan hadirkan dia untuk aku.
Untuk aku yang asalnya tidak punya apa.
Untuk aku yang asalnya tidak punya rasa.

Entah bila.
Entah bila aku cinta dia.
Cinta yang dipalut rasa.
Marah.benci.dengki.dan intinya tetap sayang.
Dan selamanya sayang.
Aku yang asalnya tidak punya rasa kini berbagai perisa.

Entah mengapa.
Cinta itu harusnya dia.
Dia yang punya sabar dan setia.
Syukur tuhan. nikmat yang tidak aku sangka.
Aku sangka aku yang lebih sabar tapi ternyata bukan aku tapi dia.
Aku sangka aku yang lebih setia tapi ternyata bukan aku tapi dia.

Aku insan yang banyak cela.
Insan yang penuh sengsara.
Insan yang sentiasa mengalir air mata.
Tapi itu aku yang dulu.

Aku cinta dia.
Cinta yang tuhan hadirkan untuk aku.
Mengahapus segala cela.
Mengangkat aku menjadi mulia.
Menghadir tawa selepas air mata.

Terima kasih tuhan atas cinta ini.Maafkanku bila ku tak semprna.

Tuesday, 24 October 2017

kisah ETD

March 2016

"Hmmm Samad, nanti untuk MOship, ko nak minta hospital mana", soal Lily. Risau Lily memikirkan masa depannya. Borang permohonan penempatan sudah lama dihantar ke unit sumber manusia. Lily memilih hospital Langkawi sebagai hospital penempatan untuk kenaikan gred 44nya itu. Itupun selepas diskusinya dengan Samad. Namun begitu, Samad masih ragu dan tidak berkeputusan dengan hospital pilihannya. " Entahlah, aku rasa macam aku nak pilih Institut Medical Research (IMR), relaks sikit kerja, jawab Samad bersahaja.

Entah mengapa kecewa sungguh hati Lily mendengar jawapan Samad. Manakan tidak, keputusan Samad akan menentukan hala tuju perhubungan mereka.

Perbualan mereka terhenti melihatkan seorang pesakit disorong masuk ke zon merah dengan menggunakan kerusi roda. Pantas, Lily mendapatkan serba sikit riwayat sakit dan mengarahkan rakam jantung "ECG" dilakukan. Samad pula terus ke ruangan peralatan mengambil darah dan kemudian memasukkan branula ke tangan pesakit. Perbincangan mereka kemudian terhenti di situ. Masing masing ligat menjalankan tugas hakiki mereka sebagai pegawai perubatan siswazah yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum kenaikan gred dan ditukarkan ke hospital lain.

Memang selalu Lily dan Samad ditugaskan di syif yang sama, itupun atas permintaan Samad terhadap ketua yang menyusun jadual. Rakan rakan yang lain sudah akur akan pasangan merpati dua sejoli itu. Berpisah tiada.


 Inilah cinta aku untukmu, dikarang tanpa noktah, diiramakan dengan lagu.









Wednesday, 22 March 2017

mercy me

im so sad. i cant say it out
im so depressed
i cant keep it in.

i need to be strong.
i need to be rational.
i end up being emotional.

ive been rejected.
its not no1, its no 2.
its not the 1st time, its d number after 1.

i need to go away.
i need to go far away.

im so sad
im so depressed
i dont want to talk much
cause im already bleed to death.

its not so serious
its not so serious.
but i cant bear been rejected anymore.
its not no 1, its no 2.

dear god. dear god.
mercy me. 



Monday, 27 February 2017

DIA PUNYA SAYANG

Sayang.
Sayang seorang dia, diam melalui bicaranya.
Namun riuh melalui perbuatannya.

Pernah sekali, eh Bukan! Banyak kali.
Ku tanya seorang dia, awak sayang saya?
Namun 'tidak' balasan yang sering kuterima.
Eh awak, tak sayang saya ke? Tapi nampak macam sayang.

Lalu, ku tahu. 
Jangan ditanya.
Tapi dirasa.
Kalau dengan seorang dia. 

Dia nampak seperti yang biasa biasa saja.
Tapi luar biasa.
Sekali kutemu, kutahu dialah sayangku.





Thursday, 5 January 2017

Cinta dan Takut





Bismillahirrahmanirrahim

Takut.
Takut yang sering merayap melata
Tumbuh disetiap perawakan aku

Takut yang disentuh itu hanyalah bayang
Takut yang terikat itu akan terlepas
Takut yang diimpi itu sekadar mimpi.

Tuhan
Telah aku lupa pada qadak qadarmu
Telah aku hanyut dalam rasa tamakku
Telah aku alpa akan nikmatmu
Hingga hilang rasa tawakkalku padamu

Cinta
Jika cinta pada makhlukmu ini satu ujian buatku,
sungguh aku tewas.
Jika cinta ini adalah satu nikmatmu,
sungguh aku kufur.

Tuhan,
Biar beribu takut yang mampir
Biar berjuta cinta yang pergi
Sungguh aku mohon, jangan kau hilangkan cintaku padaMu.
Datangkan takutku hanya untukMu.
Kerana aku hambaMu yang hanya mengharapkanMu dalam sujudku, dalam alpaku, dalam nyawaku, dan dalam jasadku.

Hanya untukMu tuhan.


Saturday, 17 December 2016

Seperti novel - Pandangan pertama

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Aduhai.. aduu duu duu


Lagak novel.
Aku bukan penulis terbaik.
Tapi kisah hidupku sunguh menarik.
Ada tangis dan ada tragis.
Ingin dikongsi namun fikirku, biarkan dulu.
Bukan ini masanya.

Namun aku kira, kalau aku bukukan ia pasti menarik.
Mungkin aku boleh mula berlatih mengarang.
Bertatih dahulu agar dapatku berlari nanti.

Bismillahirrahmanirrahim..

Chapter satu.

"Kenapa dalam ramai ramai, Allah gerakkan dan detikkan mata hati kita untuk pandang dia? Mesti ada sebab" - Prof Muhaya

November 2013

Lily, doktor muda manis berbaju kurung, di dalam jiwanya hanya ada takut, matanya cuba mencari keserasian, dipandang dinding Wad 5 utara iu, asing. Dipandang wajah pesakit yang mengerang kesakitan, resah.  Hatinya yang galau dipaksakan kuat juga. Ini yang dia pilih maka ini yang harus dia tempuh. Ditoleh kiri dan kanan, dua sahabatnya yang mendaftar bersama samanya dua minggu lalu nampak sudah menemui rentak itu. Ligat membentangkan kes pesakit kepada doktor pakar ketika sesi morning ward round, mesra berceloteh bersama doktor doktor senior yang lain sedangkan dia, masih terkulat kulat disitu melawan rasa asing yang bertapak di jiwanya. Aduhai waktu, pantaslah berlalu.

"Lily, ko buat desloughing , Siti ambil darah, Johan referral, Abu uruskan radiology". Habis saja sesi morning ward round, bermulalah sesi perahan keringat . Tugas diagih agihkan dan kertas joblist itu dikepilkan di board dan diletakkan di meja staff nurse. Oh mengapa jantungku berdetak laju. Tanganku terketar ketar. Sejujurnya aku tidak tahu dan aku rasa mahu lari leluar saja dari wad 5 utara itu. Bagaimanakah desloughing tu. Terkulat kulat aku sendiri. "Lily, jom aku tunjukkan cara desloughing ni, lepas ni ko boleh buat sendiri. Dalam bidang perubatan ni, first time see, second time do." Entah bila Samad datang bersama sama troli untuk proses desloughing itu. Tertib. Satu persatu Samad tunjukkan cara desloughing itu. Dimulakan dengan proses menyediakan barang barang, lima langkah mencuci tangan, mensterilkan dan memberikan ubat kebas kepada luka di tangan kanan pesakit, sehinggalah menggunakan bilah mata pisau untuk membuang tisu tisu mati di luka tangan pesakit. Selesai proses disloughing, Samad balut tangan pesakit menggunakan madu seperti yang diarahkan doktor pakar ketika morning ward round sebentar tadi. " Eh, doktor pun pakai madu untuk penyembuhan luka, impressive, lancar Lily berkata kata. Hilang sudah rasa galau dalam dirinya. Manakan tidaknya, setel joblistnya untuk pagi itu. Selesai menyantuni pesakit itu, Samad berundur bersama trolinya. Lily tergesa gesa mengekorinya dari belakang.

- Tanpa Lily sedari, hatinya terus mengekori Samad hingga saat ini.