Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
Aduhai.. aduu duu duu
Lagak novel.
Aku bukan penulis terbaik.
Tapi kisah hidupku sunguh menarik.
Ada tangis dan ada tragis.
Ingin dikongsi namun fikirku, biarkan dulu.
Bukan ini masanya.
Namun aku kira, kalau aku bukukan ia pasti menarik.
Mungkin aku boleh mula berlatih mengarang.
Bertatih dahulu agar dapatku berlari nanti.
Bismillahirrahmanirrahim..
Chapter satu.
"Kenapa dalam ramai ramai, Allah gerakkan dan detikkan mata hati kita untuk pandang dia? Mesti ada sebab" - Prof Muhaya
November 2013
Lily, doktor muda manis berbaju kurung, di dalam jiwanya hanya ada takut, matanya cuba mencari keserasian, dipandang dinding Wad 5 utara iu, asing. Dipandang wajah pesakit yang mengerang kesakitan, resah. Hatinya yang galau dipaksakan kuat juga. Ini yang dia pilih maka ini yang harus dia tempuh. Ditoleh kiri dan kanan, dua sahabatnya yang mendaftar bersama samanya dua minggu lalu nampak sudah menemui rentak itu. Ligat membentangkan kes pesakit kepada doktor pakar ketika sesi morning ward round, mesra berceloteh bersama doktor doktor senior yang lain sedangkan dia, masih terkulat kulat disitu melawan rasa asing yang bertapak di jiwanya. Aduhai waktu, pantaslah berlalu.
"Lily, ko buat desloughing , Siti ambil darah, Johan referral, Abu uruskan radiology". Habis saja sesi morning ward round, bermulalah sesi perahan keringat . Tugas diagih agihkan dan kertas joblist itu dikepilkan di board dan diletakkan di meja staff nurse. Oh mengapa jantungku berdetak laju. Tanganku terketar ketar. Sejujurnya aku tidak tahu dan aku rasa mahu lari leluar saja dari wad 5 utara itu. Bagaimanakah desloughing tu. Terkulat kulat aku sendiri. "Lily, jom aku tunjukkan cara desloughing ni, lepas ni ko boleh buat sendiri. Dalam bidang perubatan ni, first time see, second time do." Entah bila Samad datang bersama sama troli untuk proses desloughing itu. Tertib. Satu persatu Samad tunjukkan cara desloughing itu. Dimulakan dengan proses menyediakan barang barang, lima langkah mencuci tangan, mensterilkan dan memberikan ubat kebas kepada luka di tangan kanan pesakit, sehinggalah menggunakan bilah mata pisau untuk membuang tisu tisu mati di luka tangan pesakit. Selesai proses disloughing, Samad balut tangan pesakit menggunakan madu seperti yang diarahkan doktor pakar ketika morning ward round sebentar tadi. " Eh, doktor pun pakai madu untuk penyembuhan luka, impressive, lancar Lily berkata kata. Hilang sudah rasa galau dalam dirinya. Manakan tidaknya, setel joblistnya untuk pagi itu. Selesai menyantuni pesakit itu, Samad berundur bersama trolinya. Lily tergesa gesa mengekorinya dari belakang.
- Tanpa Lily sedari, hatinya terus mengekori Samad hingga saat ini.