Thursday, 30 May 2013

yaaattttaaaa!!!!

aku janji aku nak jadi insan yang kuat .
aku janji!
Demi Tuhanku, InsyaAllah aku xkan menangis lagi!

sakit lagi

haila hati..
berapa kali kau mahu jatuh lubang yang sama.
sakit yang sama.
perih yang sama.
berbirat birat, berparut parut sudah.
Diambil iktibarnya tidak mahu.
Mahu ditunjuk mereka kau kuat.
Tapi, kau juga yang merana lagi.

haila hati..
kali ini  mesti lebih kuat.
Dijanji. dikota.
menunjuk lemah tidak lagi.
merayu menagih buang ketepi.

p/S : gerak batin aku sentiasa kuat. kata Dr fadzilah kamsah, gerak batin wanita memang kuat. cuma dipercayainya tidak mahu. degil. dipandu emosi. gerak batin diheret ke tepi.

Thursday, 23 May 2013

tanganku mahu menulis. melakar segala yang tersirat. kisah sakit yang aku diamkan. kisah pahit yang ingin aku lupakan.

aku sedar. aku bukan insan siapa siapa. aku tidak punya rupa. aku tidak punya segala. tapi, aku bukan insan yang tidak punya hati.

sikit saja yang aku pinta sebenarnya. sikit waktu. sikit waktumu agar aku bisa bertahan sehingga habis pengajiaanku. sangat sikit sebenarnya. tapi.. itulah, manusia hanya mampu merancang. aku tumpas. kalah dengan aturanku sendiri. tewas sebelum pengajiaanku berakhir. maka disini aku, mengumpul segala sisa kuat yang tinggal. membina erti percaya. membuang rasa sakit. dan meneruskan erti hidup.

rasa percaya yang aku taruhkan, tergadai tak tertebus. kecewa. kecewa pada kedua mereka. kecewa lagi pada diriku sendiri. kecewa dengan hatiku yang memandu sesat. kecewa dengan pegangan. kecewa kerana  aku hilang apa yang aku percaya. kecewa kerana aku tidak tahu, apa lagi yang harus aku percaya.

sahabat.. sahabat.. sahabat.. cinta.. cinta.. cinta..
beralun dalam sendu ibarat irama tanpa jeda.
dialun sakit dinokhtah tiada.

sakit yang aku diamkan
pahit yang aku lupakan.
pergilah pergilah pergilah.

ingin aku lupakan semua.
ingin aku yakinkan diriku, aku bukan insan tewas.
ingin aku pujuk hatiku, ini semua resmi hidup.
ingin aku katakan pada diriku, ini bukan salah aku.

tetapi mengapa? akhirnya aku manangis sendirian lagi.


Tuesday, 21 May 2013

one two three

x boleh kite hidup baik baik sikit.
hidup happy2.
tak kan benda senang macam ni pun nak kena ajar.

Sunday, 12 May 2013

doNe!

Telling U, I am done!
DONE!
DONE in my own way~
Hehe ... I love U!
Very much! So much!
mmuaah MmUAAh~

Wednesday, 1 May 2013

Bidadari syurga

Ingin aku jadi bidadari syurga,
Yang cantiknya tiada bandingan,
Singgahsananya syurga idaman,
Sopan bicaranya nyaman menenangkan.
Bidadaranya setia meneman.

Ingin aku jadi bidadari syurga,
Yang mana sabarnya tiada tara.
Tak lut dimamah rasa amarah yang membara.
Tak luntur oleh cemburu yang membuku.

Ingin aku jadi bidadari syurga,
Punya jiwa yang selamanya hidup.
Bahkan bahagia bercambah mekar saban waktu.

Ingin aku jadi bidadari syurgaMu, tuhan.