Friday, 21 December 2012

Datang



Dia datang! Dia datang!
Ah, datang lagi...
Ah, datang lagi..
Ah, datang lagi.
Usir pergi pun masih menapak kembali.

#(Bila rinduku datang)#

Sunday, 2 December 2012

The Vow

I vow to fiercely love you,
in your forms, now and forever.
I promise to never forget
that this is a once-in-a-lifetime love,
and to always know in the deepest part of my soul,
that no matter what challenges might carry us apart,
that we will always find the way back to each other.

hahha.. I promise I wont ask anything from you in return. I promise to give my all until I am done. I promise I will just keep my tears only to myself. I promise to stay happy and healthy. I promise to gain weight, and I promise to study harder.

 Just be well dear and never show me the sad eyes for whatever reason.

Sunday, 18 November 2012

jiwa taiko



aku jiwa taiko yang rindukan damai.
jiwa yang dambakan kasih tuhan.
jiwa yang baru bangkit dari lenanya tidur.
jiwa yang baru jangkit erti kasih.

#Pray for Gaza#

Friday, 5 October 2012

setia

setia yang bertunjangkan iman dan sabar.
Aku doa padaNya agar ada kemenangan dihujungnya :)

Wednesday, 26 September 2012

1.30 am

Malam semakin larut. Jam menghampiri 1.30 pagi. Entah mengapa, mataku semakin terbuka luas. Degup jantungku bertambah kencang seakan satu petanda sesuatu akan berlaku. Bibir aku yang bersaiz tujuh sentimeter lebar kini bertambah sentimeternya dan mengukir riak senyum di wajah. Ah, hatiku berbunga riang. Tentu ada sesuatu yang aku nantikan di waktu begini.

1.30 pagi. Itulah waktunya. Waktu yang terhenti di situ dan mempunyai rakaman memori si aku. Haha, suspennye ? Apalah yang aku nantikan ya?

Friday, 21 September 2012

Saat Manis

Assalamualaikum wbt buat semua yang dikasihi.

Entah bila dan entah siapa yang akan membaca semua rasa hatiku di sini. Mungkin saat itu aku ada dan mungkin juga aku tiada. Aku menulis bukan untuk membuat kalian menangis mahupun rasa terdera dengan jiwa aku yang kacau. Tetapi manis untuk kita kenang kembali waktu kita jatuh dan bangun dalam proses kita belajar untuk berjalan di atas tanah yang sedang kita pijak.

Siapa kata kisah aku dan dia tiada cerita gembira? Haha, mungkin wajar untuk aku kongsikan barang sedikit dua ceritera yang menampal senyum di wajah aku.

Huhu, perkenalan pertama kami sungguh manis untuk dikenang. Aku bayangkan si dia bertubuh besar. Aku suka, kerana bagiku comel ajeee. Tutur katanya yang manis membuatkan aku terpikat. Bagiku, dia seorang yang manja. Hatinya sensitif dan mudah tersentuh. Seperti aku mungkin. Dia sungguh pandai mengambil hati. Cukup membuatkan tidurku tidak lena dan mandiku tak basah tapi makan tetap bercupak cupak. Aku rindu!

Aku sering menemaninya menyiapkan proposal/ thesis di lewat hening malam sehinggakan aku sering tertidur di hadapan laptop. Haha. Naif sungguh aku. Kerana rasa sayang, rasa hati aku turutkan.

Huhu. Selamat tinggal semua. ^^. Tergantung?

Saturday, 15 September 2012

Jiwa yang tersentuh

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah tuhan kerana aku masih gagah di sini, meluah yang terpendam agar sembuh segala yang sakit.

Aku punya seorang teman. Hadir dalam hidupku kerana aturanNya. Bersama denganku dalam setiap susah senangku. Yang memahami segala yang kurang dan memaafkan apa yang lajak. Yang menegurku dari melakukan apa yang tercela dan menguatkanku apabila aku rebah. Tapi ini kisah masa yang telah berlalu.

Kini aku sendirian. Rajuknya tanpa sebab yang aku fahami. Perginya agar hatinya tidak dicalari. Aku sepi. Salah aku?

Peganganku kalau marah, katakan marah. Tapi jangan dihukum tanpa dihakimi. Aku tidak punya jiwa yang besar. Aku bisa memaafkan tapi bukan melupakan. Kau pernah dengar kisah paku di dinding? Ringkasnya, setiap kali kau punya rasa marah, kau paku saja di dinding itu. Selepas marahmu hilang, kau tanggalkan kembali paku itu. Paku itu mungkin hilang, tapi bukan kesan tebukan itu bukan? Ya, hati aku seteguh dinding itu. Tidak cukup teguh untuk menghilangkan segala parut Namun dalam setiap doaku, aku panjatkan agar diberi hati baru saban waktu dan saban ketika agar semua mereka indah di pandanganku.

Walaubagaimanapun, aku akan sentiasa ingat kebaikanmu wahai sahabat. Kebaikan yang tidak akan luntur oleh apa jua jurang yang terbina di anatara kita. Semoga fasa sedih ini akan segera berlalu. Kata akhirku, ukhwah kita kerana Allah, maka biarlah berpisah kita juga kerana Allah semata.

Monday, 10 September 2012

Permainan rasa

Mari nak, aku perdengarkan nasihat untuk hatimu.
Tutup buku bukumu, mari duduk rapat.

Hati hati bermain rasa.
Dicuit sikit, dalam lajaknya.
Dipanggil pulang pun, dikerling degil saja.
Oh biar betul. Bukan kepalang degilnya.

Rasa bukan suatu yang serpih serpih.
Ringan bagi yang melihat dan mendengar.
Berat bagi pemain pemainnya.

Permainan rasa, mudah saja.
Buka hati, terima saja dia.
Tidak perlu matamu kenal.
Tidak perlu telingamu dengar.
Cukup dengan hatimu saja yang merasa.

Tapi, awas!
Permainan ini bukan sekadar untuk dia yang biasa biasa.
Perlu ada jujur. Perlu ada setia. Perlu ada percaya.
Pantangnya, jiwa yang rapuh.

Oh mengapa kau tanya?
Tidurmu diteman air mata,
Makanmu dengan tawar yang tinggal.
Hidupmu ibarat sang penagih yang sedang ketagihan.
Itu milikmu jika kau punya jiwa yang rapuh.

Sebaliknya, jika jiwamu seteguh karang dilautan.
Tidak terhakis oleh rasa yang menggesa.
Hadir bersama sabar yang menebal.
Yakin saja, manis sekali hasilnya.


>.........<


Wednesday, 5 September 2012

Rayuanku

Oh tuhan andai rinduku ini menjauhkan aku dariMU, hilangkanlah.
Andai perasaanku ini mendatangkan murkaMu, padamkanlah.

Aku tetap hambamu yang hina. Terus terusan melakukan dosa.
Sungguh Ya Allah, aku mahukan cintamu yang ulung.
Lebih dari segala cinta manusia yang aku harapkan.

Maafkan aku andai aku manusia yang melampaui batas.
Ampunkan aku andai aku manusia yang hanya pandai berkata kata.
Ampunkan aku, tuhanku.
Peganglah hatiku.
Dan sayangi aku.

Monday, 3 September 2012

Sayang

Assalamualaikum wbt.

Apabila rindu datang menyapa,
Air mata jugalah yang menyambut.

Sunday, 26 August 2012

Rindu bertandang



Andai aku bisa gubahkan rasa rindu manjadi lagu,
pasti beralun terus tanpa jeda.


Rindu.
Telah aku usir rasa itu dari hadir.
Telah aku padam rindu itu dari wujud.
Telah aku bunuh ia dengan air mata.

Rindu bertandang.
Hadirnya terus menerus.
Membawa rasa yang sama tanpa sedikitpun yang kurang.
Bahkan membiak banyak saban waktu.
Ia datang.

Rindu itu.
Aku usir ia mendekat.
Aku padam dengan api cinta yang marak.
Aku bunuh ia dengan kesetiaan.

Lantas,
akan matikah rindu itu?


Saturday, 11 August 2012

Sebak

Assalamualaikum wbt.
Terima kasih tuhan kerana masih sayang aku.

Dia hairan, kenapa lahirnya dengan hati yang rapuh. Air matanya sungguh mudah menitis. Dia ingin dipeluk dan diusap, sambil ditenteramkan. Dia ingin mendengar seseorang memujuk seraya berkata "jangan menangis, aku ada disisi kau" . Dia ingin seseorang berjuang deminya. Tamakkah dia?

Dia tahu suatu saat, dia bakal kehilangan sesuatu yang beharga dalam hidupnya akibat rasa takut yang menjalar dalam hatinya. Dia tahu tetapi dia masih belum bersedia menghadapi saat itu. Sungguh, dia tahu dan dia takut. Mengalir lagi air mata si dia.

Hari ini, kesabaran si dia tinggal serpih serpih saja. Rapuh sungguh hari ini buat si dia. Bukan dia tidak pernah mengalami masalah, namun sebelum ini, dipujuk hatinya, lelaki itu pasti ada untuk dia. Mententeraman rasa yang gundah dan menukar tangis menjadi senyum dan rindu.

Tapi, bilamana si lelaki yang menjadi penyejuk jiwanya dipadam seketika dalam diari hidupnya, dia buntu dan dia hilang arah. Ingin diluah pada yang lain lainnya, dia tidak pandai. Menangis sendirian lagi akhirnya dia.

Punca tangisan dia?
Ah! dia tidak mahu bercerita lagi. Mungkin malam ini, hatinya masih sebak dan jiwanya masih rapuh. Aku berikan ruang untuk dia bersendirian dahulu. Moga moga hatinya akan tenang dan dia akan mencapai bahagia akhirnya. Doa aku untuk dia.




Thursday, 9 August 2012

Nama dia takut

Antara air dan api, aku pilih air. Antara cinta dan air mata, aku pilih air mata.


Takut.
Aksara yang merayap dalam jiwa dia.
Menjadikan malamnya sepi.
Menjadikan beraninya tiada.
Menjadikan senyumnya herot.
Menjadikan langkahnya pesot.

Takut hilang.
Digenggam kuat, sakit.
Digenggam longgar, cicir.

Takut ditolak.
Rupa yang sederhana.
Kaya yang biasa.
Yang ada, rasa yang menghambat.

Takut Allah.
Yang tidak halal itu haram.
Yang haram itu murkaNya.
Lalu, dia korbankan rasa hanya untukNya.



Rumah rindu


Rindu yang aku labuhkan di sini dalam setiap hela nafasku.
Sungguh tuhan, aku rindu!

Hari aku jatuh cinta


"Jika namamu bahagia, izinkan aku untuk menyentuhmu"


Assalamualaikum wahai lelaki,

Izinkan aku mulakan dengan satu amaran.
"Jangan kau sentuh hati wanita itu"

Bertanyalah si lelaki itu, "kenapa? Bukankah dia perlukan aku?"

Duhai lelaki,
satu sifat wanita yang harus kau fahami,
apabila dia mula menyayangi, maka keseluruhannya dia sayang.
Saat kau membelai jiwanya dengan janji manis dan madah puitis, dia sayang.
Saat kau menghambat hatinya dengan waktu waktu kau yang sibuk, dia sabar.
Saat kau hampakan hatinya dengan janji yang tidak ditunaikan, dia sendirian memujuk.
Saat kau calari hatinya dengan kecurangan, dia hanya mendoakan agar kau bahagia.

Jadi haruskah kau sentuh hatinya hanya untuk mencemarkannya?

.............................................................................................

Satu perkara yang aku cukup berhati hati dalam hidup aku, adalah memberi sayang.
Sekali aku sayang, selamanya aku sayang.
Aku bukan insan sempurna yang berhak untuk mendapat satu jiwa sempurna.
Maka aku sentiasa meletakkan satu benteng dalam hidup aku.
Aku tak akan memberi sayang sebelum kahwin.
Itu janji aku.

Janji yang tidak tertunaikan.

Tarikh : 11/10/2010
Block : CNS Year 3
status ym : lapar

Itu titik mula kalau kau masih ingat.
Hari yang mana janji aku, aku ingkari.
hati yang keras menjadi cair.
Titik mula yang menghilangkan lena dalam tidur, yang menghilangkan kenyang dalam makan, dan menghilangkan fokus dalam konsentrasi.
Titik yang menambahkan senyum dalam kesibukan, yang menambahkan rindu dalam kehilangan.

Hanya dalam satu malam,
cukup untuk buat aku jatuh cinta.

Ya, aku cinta kau!



Wednesday, 8 August 2012

Salam Kenal


Salam Kenal. Nama aku rahsia. Nama pena aku anahana. Aku menulis bukan kerana hobi bahkan aku menulis kerana diri aku. Kadangkala, hati ingin berbicara tapi bimbang disalah erti pada yang membaca. Untuk dipendamkan dalam hati, itu mungkin membuat aku gila. Maka, segala kata hati aku, aku bicarakan di sini kerana disini aku tidak punya siapa kerana nama aku rahsia.

Tarikh ini aku nokhtahkan di sini. Biar menjadi titik mula dalam satu episod hidup aku. Jadi, aku mulakan dengan" Assalamualaikum, boleh kita berkenalan?"