Hari itu dan lain lain harinya.
Intai intai saja.
Dikerling kerling tanpa jemu.
Disua sua agar hilang rindu.
Ingin mampir rapat, ah mungkin begini lebih baik caranya.
Senyumnya manis. Tampan.
Lagak yang bagaimana ya?
Haha. Ada cinta tanpa sua.
Bukan ajaib, tapi pelik kan?
Ah, itulah cinta. Satu campur satu yang jawapannya tiga.
Tiada penerangan dan tiada logik juga.
Hey jejaka, jejaka.
Jejaka yang aku intai intai dalam hari hari aku.
Jejaka yang aku cari cari senyumannya agar terubat rindu.
Jejaka yang aku cinta tanpa aku sua.
Jejaka yang menjadikan satu campur satu jawapannya tiga.
Jejaka mana?
Jejaka itulah.
Hahaha...
P/s : Jejaka yang hanya satu dihatiku. Yang aku cinta tanpa dia tahu. Yang aku rindu tanpa jemu. Dialah jejaka itu. Aku harap satu hari nanti dia tahu. (^.<)Y
kalau suatu hari nanti hidup kita perit dan sakit, mari duduk bersamaku dalam ruang comel ini.
Thursday, 31 January 2013
Monday, 28 January 2013
Budak Tua
Jangan menangis, budaktua
hidup tak selalu manis
tapi ombak tua
pantai keredut.
Kalau pun kau menangis
gunung akan di situ juga
sungai mengalir ke hilir
kecewa sendiri.
Hanya yang bisa kau tunjukkan
perlawanan
budaktua
hidup ini perlawanan
berlawan dengan waktu
setiap waktu.
Berdiri atas kaki sendiri
budaktua
hidup mau berjaya.
Penderitaan bukan penyakit
ia mesrarasa
intipati wibawa
hidup yang mesti dilanjutkan.
Budaktua
oleh A. Ghafar Ibrahim (AGI)
hidup tak selalu manis
tapi ombak tua
pantai keredut.
Kalau pun kau menangis
gunung akan di situ juga
sungai mengalir ke hilir
kecewa sendiri.
Hanya yang bisa kau tunjukkan
perlawanan
budaktua
hidup ini perlawanan
berlawan dengan waktu
setiap waktu.
Berdiri atas kaki sendiri
budaktua
hidup mau berjaya.
Penderitaan bukan penyakit
ia mesrarasa
intipati wibawa
hidup yang mesti dilanjutkan.
Budaktua
oleh A. Ghafar Ibrahim (AGI)
Cinta
Hari ini aku melangkah tenang.
Menghirup damai bayu pagi.
Mendengar desiran ombak yang menghempas pantai.
Aku lagukan alunan cinta.
Surut yang tiada surut.
Bahkan bercambah biak.
Cinta..
Lantas, aku ukirkan ia di gigi air.
Kerana aku pasti, sebentar lagi, hukum ombak pasti menghempas pantai.
Pasti mampu memadam apa yang aku pendam.
Ah!
Ini harapan aku lagi.
Apa yang aku pasti ukiran cinta di hati aku telah terpateri kemas dan tak mungkin terpadam hilang.
Harapan dan aku akan terus berharap.
# Ombak, aku cinta engkau!!#
Wednesday, 2 January 2013
cemburu
Ah! Lihatnya sungguh kebal diri itu.
Kalih cinta lagaknya.
Tapi, jangan tertipu wahai kamu.
Bila datang cemburunya, sabung menyabung kilat alam di luar sana.
Hujan turun ibarat banjir yang menempah tempat buat tujuh hari tujuh malam.
Cemburu! Ah, benci rasa itu.
Kata logik, tanpa sayang, tiada cemburu.
Jadi harus bagaimana agar tiada cemburu? Buang sayangkah?
Jadi, harus diajar hati ini, kalau sayang nanti, biar berpada pada ya.
Agar, sakit cemburu ini juga berpada pada datangnya.
Bagi aku, sekali aku rasa, cukuplah.
PeriT! SakiT! PijaR!
Cukup! Cukup! Cukup!
Kalih cinta lagaknya.
Tapi, jangan tertipu wahai kamu.
Bila datang cemburunya, sabung menyabung kilat alam di luar sana.
Hujan turun ibarat banjir yang menempah tempat buat tujuh hari tujuh malam.
Cemburu! Ah, benci rasa itu.
Kata logik, tanpa sayang, tiada cemburu.
Jadi harus bagaimana agar tiada cemburu? Buang sayangkah?
Jadi, harus diajar hati ini, kalau sayang nanti, biar berpada pada ya.
Agar, sakit cemburu ini juga berpada pada datangnya.
Bagi aku, sekali aku rasa, cukuplah.
PeriT! SakiT! PijaR!
Cukup! Cukup! Cukup!
Subscribe to:
Comments (Atom)

