Sunday, 16 June 2013

Friday, 14 June 2013

olang oleng

saat hati menegah keras,
tangan lantas membidas.
telinga ditutup tuli.
Laju saja Si kita mencari.

olang oleng..
benci benci tapi rindu.
marah marah tapi sayang.

olang oleng
intai intai saja kita mahu.
biar hilang rasa rindu.
biar tenang lihat Si dia suka.

olang oleng
malam semakin larut.
lagu cinta yang Si Kita pasang dulu dulu pada waktu gini gini makin sayup

olang oleng
selamat malamlah.

Tuesday, 11 June 2013

hihi


megah tersenyum walau mata ngantuk ngantuk.. huhu

pemilik segala cinta


Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: “Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.

..............................................................................................................................

Sedang aku melayari internet sebelum meneruskan ulangkajiku,
aku terbaca hadis diatas di blog Hilal.

Lantas termenung seketika.
Cuba membanding bandingkan cinta keutamaanku,
cinta yang semakin dikejar yang semakin menjauh,
itulah cinta yang tidak halal buatku.

Cantik sekali firman Allah.
Membuat aku terkedu dua ketika.
Sedang janjinya Dia akan bersamaku tatkala aku mengingatiNya.
Dia akan mendekatiku tatkala aku mendekatiNya.
itulah cinta sejati buatku.

Aku kini seakan diberi peluang demi peluang.
Ditarik pulang setelah tertolak jauh.
Diuji uji agar aku mencari hikmah.
Cantik. Cantik sekali aturan Si Dia.
oh cintaku, pemilik hatiku, pemilik nyawaku.

ok. nak sambung baca buku. life must go on kan.
Terima kasih.

McQ 1 & 2

Took the riffle and fill up with the bullet yesterday.
now, the battle is over.
I lost all my bullet to the paper.
Nothing left.
No more.

Bismillahitawakkaltualallah~


".... Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang berTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) Nya, sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki) Nya, sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (At Thalaq, 65: 2-3 - aka Ayat Seribu Dinnar).

Monday, 10 June 2013

osce 1 n 2

hari yang suram.
sukar sukar sukar.
terasa senak.
memulas.
berpeluh.
anxiety.
Oh Allah, permudahkanlah

Saturday, 8 June 2013

meq 1

Alhamdulillah.
Tiada pujan melainkan semuanya kembali kepada yang empunya hak.
Yang mendatangkan ilham.
Yang memandu gerak rasa.
Yang memberikan ketenangan.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Friday, 7 June 2013

pegangan

InsyaAllah..
Dengan namaMu Allah yang aku muliakan,
dalam setiap tinta, dalam setiap air mata,
kebesaranMu mengalir tak sudah.

Pegangan.
Apa guna hidup kalau tiada pegangan.
Berpaksi pada tanah yang memerah, berpayung pada langit yang luas membiru.
Bertekadkan yakin akan Allah yang satu.
Itulah pegangan.
Yang menjadikan aku tegak berdiri, langsung meneruskan hidup, tertawa saat kecewa.
Dan tersenyum saat terluka.

Pegangan.
Jangan dirisau.
Yang bukan hak tetap bukan hak.
Dan sesekali tidak akan aku tuntut.
Tidak sama sekali.

InsyaAllah, dengan izinMu tuhan,
Dengarkanlah kata hatiku ini
Tawadduk aku dalam kerendahan dan kehinaan diri,
memohon kesaksian dan kekuatanMu, tuhan.

Allah.. Allah.. Allah..
Tidak akan aku tunduk lagi pada kelemahan hati wanita ini,
tidak akan aku lukakan hati wanita lain,
dan tidak akan aku bina bahagia di atas derita mereka yang lain.

Engkau gembirakanlah mereka yang berduka,
Engkau pertemukan apa yang mereka cari.
Engkau tunjukkanlah jalan pada mereka yang tersesat.

Lailahaillallah.
Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Engkau.
Dengarkanlah dengarkanlah dengarkanlah.

Wednesday, 5 June 2013

mEnTAri PaGi

Pagi ini.
Entah mengapa lebih cantik dari pagi pagi yang sebelumnya.
Entah?