Realiti ni tak sepenuhnya seperti apa yang kau angankan dan aturkan. Kau fikir, kalau kau pilih jalan A, kau pasti akan tiba di penghujung A. Tidak! Kau salah.
Hukum alam tidak begitu. Hukum matematik juga tidak mengiyakan. Sewaktu kau kecil, muda dan mentah, kau fikir seratus jika dibahagikan dengan kosong, pasti bakinya seratus. Bila kau besar, kau tahu seratus dibahagikan dengan kosong, jawapannya infiniti. Minda membangkang. Logikkah? Logik sebenarnya, hanya mindamu yang kurang ilmu untuk menghuraikan.
Hati. Kata peribahasa, "tiada hati". Apa yang kau faham? Pada pemahaman aku, jiwa yang telah hilang rasa suka. Contoh ayatku, 'aku sudah tiada hati dengan kau'. Siapa kau? Cow a.k.a lembu? Bukan. Bukan. Kau adalah kau yang pernah menjadi sahabat aku suatu ketika dahulu.
Kau yang pernah beri aku segala. Kemudian, kau ambil bahagia aku. Satu demi satu dan kau lempar jauh. Aku tercungap - tercungap untuk membina diri aku kembali. Mengutip sisa kecewa dan dicantumkan kembali dan aku namakan dia KUAT. KUAT agar aku bisa bahagia lagi.
Tuesday, 16 April 2013
Hati hilang
Lub Dub. Jiwa gusar.
Nafas mendesah.
Hati... Eh? Mana hati?
Cari.
Aku cari lagi.
Hilang. Sungguh hati hilang?
Isk.
Kemana saja pergi hatiku?
Merajuk? Sakit?
Beep.. Beep..
Mesej aku terima.
" Hatimu dalam hatiku"
Sunday, 14 April 2013
Ulangtahun Kelahiran
Dah lama dia tunggu.
Dia keliru.
Dia pejam mata.
Dia buat dont know.
Hadiah tetap dia beli.
Kad pun dia mahu bagi.
Lagi 5 hari.
Perlu kirim atau tidak?
Dia buntu.
Dia biarkan saja di situ.
Tiba waktu yang dia tunggu.
Hadiah di situ.
Kad pun di situ.
Huhu. Tipikallah gadis tu.
Akhirnya masing masing buat tak tahu.
Menangis lagi gadis itu.
Apa apa pun, Selamat ulang tahun kelahiran wahai kamu.
Semoga kamu gembira selalu :)
Saturday, 6 April 2013
Balang Kosong
Balang kosong yang dikelek kemana pergi.
Terisi rasa yang tidak punya siapa.
Tiap tangis dialirkan kesitu.
Tiap ketawa, dialirkan ke situ jua.
Balang kosong,
Bilakah bakal penuh?
Disi isi, penuh tetap tidak.
Dikelek kelek tetap rasa kosong.
Balang kosong,
Apakah benar ia sememangnya kosong?
Atau mungkinkah ruangnya disi ruang infiniti.
Ruang tanpa penghujung dan tabir.
Disi isi, dituang tuang selamanya tidak akan penuh?
Terisi rasa yang tidak punya siapa.
Tiap tangis dialirkan kesitu.
Tiap ketawa, dialirkan ke situ jua.
Balang kosong,
Bilakah bakal penuh?
Disi isi, penuh tetap tidak.
Dikelek kelek tetap rasa kosong.
Balang kosong,
Apakah benar ia sememangnya kosong?
Atau mungkinkah ruangnya disi ruang infiniti.
Ruang tanpa penghujung dan tabir.
Disi isi, dituang tuang selamanya tidak akan penuh?
Friday, 5 April 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)
