Tuesday, 11 June 2013
pemilik segala cinta
Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: “Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.
..............................................................................................................................
Sedang aku melayari internet sebelum meneruskan ulangkajiku,
aku terbaca hadis diatas di blog Hilal.
Lantas termenung seketika.
Cuba membanding bandingkan cinta keutamaanku,
cinta yang semakin dikejar yang semakin menjauh,
itulah cinta yang tidak halal buatku.
Cantik sekali firman Allah.
Membuat aku terkedu dua ketika.
Sedang janjinya Dia akan bersamaku tatkala aku mengingatiNya.
Dia akan mendekatiku tatkala aku mendekatiNya.
itulah cinta sejati buatku.
Aku kini seakan diberi peluang demi peluang.
Ditarik pulang setelah tertolak jauh.
Diuji uji agar aku mencari hikmah.
Cantik. Cantik sekali aturan Si Dia.
oh cintaku, pemilik hatiku, pemilik nyawaku.
ok. nak sambung baca buku. life must go on kan.
Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment