March 2016
"Hmmm Samad, nanti untuk MOship, ko nak minta hospital mana", soal Lily. Risau Lily memikirkan masa depannya. Borang permohonan penempatan sudah lama dihantar ke unit sumber manusia. Lily memilih hospital Langkawi sebagai hospital penempatan untuk kenaikan gred 44nya itu. Itupun selepas diskusinya dengan Samad. Namun begitu, Samad masih ragu dan tidak berkeputusan dengan hospital pilihannya. " Entahlah, aku rasa macam aku nak pilih Institut Medical Research (IMR), relaks sikit kerja, jawab Samad bersahaja.
Entah mengapa kecewa sungguh hati Lily mendengar jawapan Samad. Manakan tidak, keputusan Samad akan menentukan hala tuju perhubungan mereka.
Perbualan mereka terhenti melihatkan seorang pesakit disorong masuk ke zon merah dengan menggunakan kerusi roda. Pantas, Lily mendapatkan serba sikit riwayat sakit dan mengarahkan rakam jantung "ECG" dilakukan. Samad pula terus ke ruangan peralatan mengambil darah dan kemudian memasukkan branula ke tangan pesakit. Perbincangan mereka kemudian terhenti di situ. Masing masing ligat menjalankan tugas hakiki mereka sebagai pegawai perubatan siswazah yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum kenaikan gred dan ditukarkan ke hospital lain.
Memang selalu Lily dan Samad ditugaskan di syif yang sama, itupun atas permintaan Samad terhadap ketua yang menyusun jadual. Rakan rakan yang lain sudah akur akan pasangan merpati dua sejoli itu. Berpisah tiada.
Inilah cinta aku untukmu, dikarang tanpa noktah, diiramakan dengan lagu.