Takut.
Takut yang sering merayap melata
Tumbuh disetiap perawakan aku
Takut yang disentuh itu hanyalah bayang
Takut yang terikat itu akan terlepas
Takut yang diimpi itu sekadar mimpi.
Tuhan
Telah aku lupa pada qadak qadarmu
Telah aku hanyut dalam rasa tamakku
Telah aku alpa akan nikmatmu
Hingga hilang rasa tawakkalku padamu
Cinta
Jika cinta pada makhlukmu ini satu ujian buatku,
sungguh aku tewas.
Jika cinta ini adalah satu nikmatmu,
sungguh aku kufur.
Tuhan,
Biar beribu takut yang mampir
Biar berjuta cinta yang pergi
Sungguh aku mohon, jangan kau hilangkan cintaku padaMu.
Datangkan takutku hanya untukMu.
Kerana aku hambaMu yang hanya mengharapkanMu dalam sujudku, dalam alpaku, dalam nyawaku, dan dalam jasadku.
Hanya untukMu tuhan.
