Thursday, 23 May 2013

tanganku mahu menulis. melakar segala yang tersirat. kisah sakit yang aku diamkan. kisah pahit yang ingin aku lupakan.

aku sedar. aku bukan insan siapa siapa. aku tidak punya rupa. aku tidak punya segala. tapi, aku bukan insan yang tidak punya hati.

sikit saja yang aku pinta sebenarnya. sikit waktu. sikit waktumu agar aku bisa bertahan sehingga habis pengajiaanku. sangat sikit sebenarnya. tapi.. itulah, manusia hanya mampu merancang. aku tumpas. kalah dengan aturanku sendiri. tewas sebelum pengajiaanku berakhir. maka disini aku, mengumpul segala sisa kuat yang tinggal. membina erti percaya. membuang rasa sakit. dan meneruskan erti hidup.

rasa percaya yang aku taruhkan, tergadai tak tertebus. kecewa. kecewa pada kedua mereka. kecewa lagi pada diriku sendiri. kecewa dengan hatiku yang memandu sesat. kecewa dengan pegangan. kecewa kerana  aku hilang apa yang aku percaya. kecewa kerana aku tidak tahu, apa lagi yang harus aku percaya.

sahabat.. sahabat.. sahabat.. cinta.. cinta.. cinta..
beralun dalam sendu ibarat irama tanpa jeda.
dialun sakit dinokhtah tiada.

sakit yang aku diamkan
pahit yang aku lupakan.
pergilah pergilah pergilah.

ingin aku lupakan semua.
ingin aku yakinkan diriku, aku bukan insan tewas.
ingin aku pujuk hatiku, ini semua resmi hidup.
ingin aku katakan pada diriku, ini bukan salah aku.

tetapi mengapa? akhirnya aku manangis sendirian lagi.


No comments:

Post a Comment