Monday, 28 January 2013

Cinta


Hari ini aku melangkah tenang.
Menghirup damai bayu pagi.
Mendengar desiran ombak yang menghempas pantai.
Aku lagukan alunan cinta.
Surut yang tiada surut.
Bahkan bercambah biak.

Cinta..
Lantas, aku ukirkan ia di gigi air.
Kerana aku pasti, sebentar lagi, hukum ombak pasti menghempas pantai.
Pasti mampu memadam apa yang aku pendam.

Ah!
Ini harapan aku lagi.
Apa yang aku pasti ukiran cinta di hati aku telah terpateri kemas dan tak mungkin terpadam hilang.

Harapan dan aku akan terus berharap.

# Ombak, aku cinta engkau!!#

No comments:

Post a Comment